Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Warga JaPen Sabah Diseru Jalankan Tugas dengan Amanah, Integriti – Zawiyah

By 27 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siscalistorina Janius/Merusin Minuddin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Warga Jabatan Penerangan Sabah (JaPen) diseru untuk menjalankan tugas dengan penuh amanah dan berintegriti.

Mantan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sabah Norzawiyah Bulka, berkata jawatan yang diberi bukanlah untuk bermegah, tetapi satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.

“Walau di mana sahaja kita ditempatkan untuk berkhidmat, tugas yang diberikan perlu dijalankan sebaik mungkin kerana itulah janji kita kepada kerajaan.

“Selain itu, berpeganglah pada moto ‘Saya Yang Menjalankan Amanah’ agar imej serta nama jabatan dapat diangkat ke persada lebih tinggi,” katanya dalam Majlis Sambutan Persaraan beliau di Wisma Dang Bandang, di sini semalam.

Pada majlis yang diadakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) itu juga, Norzawiyah menjelaskan bahawa warga jabatan sebenarnya diiktiraf sebagai petugas barisan hadapan.

Norzawiyah melakukan ketik keluar terakhir pada hari perkhidmatannya semalam.

Norzawiyah melakukan ketik keluar terakhir pada hari perkhidmatannya semalam.

“Oleh yang demikian, norma baharu tidak seharusnya dijadikan halangan atau alasan dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam meskipun tidak dapat melakukan program secara bersemuka.

“Tambahan pula, sebagai penyampai maklumat kepada masyarakat, kakitangan JaPen juga adalah antara yang awal akan menerima suntikan vaksin COVID-19 nanti,” katanya lagi.

Mengulas mengenai rancangan selepas bersara, beliau ingin merealisasikan impian untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga, menjaga kedua ibu bapa dan membina rumah di Tawau.

Untuk rekod, Norzawiyah berkhidmat selama 30 tahun sebagai warga JaPen dan dilantik sebagai Pengarah Penerangan Sabah pada 25 Jun 2018 sehinggalah persaraannya pada umur 55 tahun pada Jumaat.

Hadri sama, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sabah Harun Madasa.

-SH

Tinggalkan komen anda