Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

AKCC Destinasi Sukan Terkemuka di Melaka

By 29 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Iswadi Abdul Hamid (Melaka)

AYER KEROH, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Kelab Eksklusif Ayer Keroh (AKCC) yang dikenali di rantau ini sebagai kelab golf pertama dan terbesar di Melaka dengan padang golf 27 lubang akan memperkukuhkan kedudukan Melaka sebagai destinasi sukan terkemuka di Malaysia.

Ditubuhkan pada tahun 1963, AKCC adalah antara padang golf terawal di Melaka yang meraih Persijilan Persatuan Golf Malaysia. AKCC merupakan sebuah kelab rekreasi berprestij yang terletak di Ayer Keroh dengan lokasi yang strategik dan menarik untuk penduduk tempatan serta pelancong antarabangsa.

EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka Datuk Muhammad Jailani Khamis, berkata beliau berbesar hati untuk menerajui usaha mempromosikan pelancongan sukan melalui golf di Melaka.

“Sejak penubuhannya, AKCC telah menjadi tuan rumah bagi pelbagai kejuaraan termasuk Benson & Hedges Malaysian Open 1989, Kejuaraan Amatur Terbuka Panasonic Malaysia dan Kejuaraan Amatur Terbuka Malaysia Pan West.

Datuk Jailani dan Datuk Nancy melihat pontensi AKCC sebagai produk pelancongan sukan negara.

Datuk Jailani dan Datuk Nancy melihat pontensi AKCC sebagai produk pelancongan sukan negara.

“Pencapaian rekod baik AKCC dipadankan dengan persekitarannya yang tenang dan hijau menjadikannya destinasi yang terbaik untuk berehat dan mengambil angin.

“Lebih penting, AKCC akan menjadi pemangkin dalam usaha untuk merancakkan semula sektor pelancongan dan menyumbang secara positif terhadap pertumbuhan ekonomi negeri ini,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut di kelab tersebut, di sini baru-baru ini.

Menurut Jailani, penubuhan Ion Forte Green City (IFGC) dalam Kawasan AKCC akan menyediakan elemen baharu, mengujakan serta menyegarkan dengan adanya hotel dan unit kediaman berjenama, suite kesihatan, villa persaraan, rumah kelab antarabangsa dan juga lebuh hias perdagangan di tepi tasik.

“Pembangunan ini menawarkan pengalaman menyeluruh kepada para pengunjung dengan pelbagai aktiviti luar seperti trek jogging, gim yang serba lengkap, serta kolam renang untuk dinikmati di persekitaran AKCC yang indah, di mana kemudahan mewah dan selesa ini akan meningkatkan daya tarikan sambil memberi peluang pemilikan hartanah kepada pengunjung,” katanya.

-KN

 

 

Tinggalkan komen anda