Laporan/foto: Mastika Hablum (Jasin)
JASIN, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan mengambil berat terhadap pelajar-pelajar sekolah yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dengan menyumbangkan 130 unit peranti pintar yang disalurkan kepada 13 buah sekolah menengah di daerah ini untuk kegunaan pelajar yang kurang berkemampuan bagi kemudahan pembelanjaan dalam talian.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata usaha ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan.
“Saya perpendapat bahawa sumbangan alat peranti pintar ini boleh membantu anak-anak murid menjalani pembelajaran secara dalam talian dengan mudah di rumah masing-masing.
“Saya turut berharap agar semua warga pendidik di daerah ini mendaftar untuk mengambil vaksin COVID-19 dan mengingatkan kepada semua warga pendidik yang hadir terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di sekolah agar anak-anak didik semua dijauhi dari wabak yang menular di seluruh dunia,” katanya dalam Program Malaysia Prihatin di Dewan Majlis Perbandaran Jasin Lipat Kajang, di sini baru-baru ini.
-KN