Skip to main content
Berita TengahNegeri Sembilan

Banci Bersemuka Mendapat Kerjasama Baik Penduduk Tampin

By 5 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzi Mohd Yusoff Nur/Syafiq Kamaruzzaman (Tampin)

TAMPIN, 05 Mac (Malaysiaaktif) – Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia telah dijadualkan semula berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19 kebelakangan ini.

Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sembilan telah bekerjasama dengan Pejabat Penerangan Daerah Tampin menerusi program pertama Info on Wheels (IoW) Banci Penduduk 2021 di Pasar Tani Tampin.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sembilan Masriyanti Rekkeman, program ini sudah bermula pada 7 Julai lalu di setiap daerah di seluruh Negeri Sembilan.

“Objektif program ini ialah untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai banci bersemuka yang sedang berlangsung bagi mendapatkan kerjasama daripada semua penduduk di daerah Tampin mengenai Banci Penduduk.

“Program ini juga diadakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang lengkap daripada penduduk Tampin dan dapat membantu menerangkan lebih jelas terhadap segala persoalan serta pertanyaan penduduk di daerah Tampin menegenai Banci Penduduk 2020,” ketika ditemui di pejabatnya, di sini hari ini.

Beliau turut berterima kasih pada semua agensi-agensi yang terlibat kerana bekerjasama membantu menjayakan banci ini.

“Terima kasih kepada semua penduduk daerah Tampin kerana hampir keseluruhannya memberi kerjasama dan mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang Banci Penduduk ini berlangsung,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda