Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID: Kes Baharu Meningkat kepada 2,063

By 5 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 yang direkodkan meningkat kepada 2,063 kes namun kes sembuh sebanyak 2,922 masih mengatasi kes baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Perkembangan baharu ini menjadikan kes kumulatif baharu COVID-19 ialah 307,943 manakala kes sembuh keseluruhan pula 283,629 dengan jumlah kes aktif  23,161.

“Daripada jumlah kes baharu ini, 2,054 adalah kes tempatan melibatkan 1,419 warganegara manakala 635 kes lagi bukan warganegara serta sembilan lagi kes import yang mendapat jangkitan di luar negara,” katanya pada sidang media perkembangan situasi COVID-19 di sini semalam.

Manakala, sejumlah 193 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)  dengan 99 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Memperincikan lanjut, Dr Noor Hisham berkata Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 630 kes diikuti Sarawak 361 kes dan Pulau Pinang sebanyak 337 kes.

Manakala Terengganu mencatat 10 kes, Wilayah Persekutuan Putrajaya (tujuh), Melaka (tiga) dan Perlis (satu).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda