Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Dari Sekadar Hobi, Ati-ati Jadi Buruan Suri Rumah

By 3 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Pokok Ati-ati merupakan sejenis tumbuhan daun berwarna yang mempunyai daya tarikan tersendiri sebagai tumbuhan hiasan rumah.

Menurut seorang pengusaha tanaman tumbuhan hiasan ini, Masitah Yusuff, 55, selain daripada cantik dipandang, pokok ati-ati ini juga dan mudah ditanam dan dijaga.

“Ia tidak memerlukan penjagaan khusus dan rumit, cukup sekadar pencahayaan yang cukup dan disiram setiap hari,” katanya yang mengusahakan tanaman tersebut bersama-sama suaminya Rosli Din, 56.

Menurutnya Masitah, tanaman ini mempunyai lebih daripada 120 spesis dan masih ada lagi yang belum dikenal pasti dan kerana minat yang mendalam terhadap tanaman ini, beliau dan suaminya giat memburu pelbagai jenis ati-ati khususnya di sekitar daerah Yan ini.

“Bermula daripada sekadar hobi bagi mengisi masa lapang, kini tanaman unik ini menjadi sumber pendapatan sampingan kami seisi keluarga.

“Setiap ranting dijual dengan harga RM2 dan purata pendapatan bulanan melebihi RM500 dan pendapatan semakin meningkat sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan baru-baru ini.

“Setiap suri rumah menjadikan tanaman ini sebagai satu terapi bagi mengisi masa lapang ekoran PKP dilaksanakan dan bagi saya sendiri tanaman ati-ati ini memberi satu ketenangan yang luar biasa apabila kita melihat keindahan dedaun ciptaan tuhan ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pauh, di sini baru-baru ini.

-SH

Tinggalkan komen anda