Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PDRM Kumpul Bukti Sindiket Edar Dadah Didalangi ‘Datuk Seri’

By 3 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengumpul maklumat dan bahan bukti kukuh berhubung sindiket pengedaran dadah tempatan yang didalangi ‘Datuk Seri’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Razarudin Husain berkata pihaknya masih lagi menyiasat kes berkenaan.

“Kami perlu kumpul maklumat dan bukti terlebih dahulu sebelum memberkas mereka yang benar-benar terlibat dalam sindiket berkenaan.

“Bukan senang untuk kami mengumpul bahan bukti yang melibatkan kenamaan penting VIP yang ‘memegang’ dadah kerana ia memerlukan siasatan yang teliti sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya kepada hari ini.

Pada 27 Februari lepas, media melaporkan PDRM telah mengenal pasti beberapa dalang utama sindiket penyeludupan dadah di negara ini yang berselindung di sebalik status ‘Datuk Seri’.

Berikutan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata JSJN kini dalam proses untuk mengambil tindakan terhadap tauke dadah terbabit, yang juga didapati hidup mewah dengan berselindung di sebalik perniagaan yang sah menyebabkan polis sukar untuk mendapatkan maklumat yang boleh mengaitkan mereka dengan kegiatan pengedaran dadah.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda