Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

IoW Bantu Warga Emas Daftar Vaksinasi COVID-19

By 22 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mawarni Ismail/Azimee Abdullah (Barat Daya)

JALAN BHARU, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Masih terdapat ramai warga emas yang belum mendaftar sebagai penerima suntikan vaksin COVID-19 disebabkan tidak mengetahui cara pendaftaran secara digital.

Pegawai Penerangan Daerah Barat Daya Marshita Othman, berkata pihak jabatan komited memastikanĀ Program ImunisasiĀ COVID-19Ā Kebangsaan mencapai sasarannya.

Edaran risalah dari Pusat Maklumat Rakyat (PMR) juga diadakan kepada warga emas mengenai vaksinasi COVID-19 terbukti selamat dan berkesan untuk mengekang penularan COVID-19.

Edaran risalah dari Pusat Maklumat Rakyat (PMR) turut diadakan.

ā€œProgram Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini merupakan program vaksinasi terbesar yang pernah dilaksanakan di Malaysia bermula 24 Februari lalu.

“ProgramĀ ini mempunyai tiga peringkat iaitu fasa 1 bermula Februari hingga April 2021 yang melibatkan petugas barisan hadapan, fasa 2 pada April hingga Ogos 2021 melibatkan warga emas berumur 60 tahun ke atas serta golongan berisiko tinggi dan fasa 3 di antara Mei hingga Februari 2022 melibatkan penduduk yang berumur 18 tahun ke atas,” katanya yang ditemui sempena Program Info on Wheels (IoW) JaPen di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Balik Pulau, di sini hari ini.

Pendaftaran dan pemeriksaan suhu perlu dijalankan sebelum peserta masuk ke Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Balik Pulau untuk menyertai Program IOW JaPen.

Pendaftaran dan pemeriksaan suhu perlu dijalankan sebelum peserta masuk ke pusat aktiviti.

Menurut Marshita, tujuan utama Program IoW ini diadakan untuk memberi penjelasan lebih jelas mengenai suntikan vaksinasi COVID-19 serta menolak sekeras-kerasnya cerita anti vaksin yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

“Sesi soal jawab serta edaran risalah dari Pusat Maklumat Rakyat (PMR) dalam ini juga diadakan kepada warga emas yang berisiko tinggi mengenai vaksinasi COVID-19 terbukti selamat dan berkesan untuk mengekang penularan COVID-19,” katanya.

Petugas IOW JaPen membantu warga emas cara pendaftaran secara digital.

Petugas Jabatan Penerangan membantu warga emas cara pendaftaran secara digital.

Salah seorang peserta Progam, Patrah Ramli, 67, melahirkan rasa gembira diatas penganjuran pada hari ini kerana sebelum ini beliau mendaftar untuk suntikan vaksinasi ini melalui persatuan akan tetapi apabila diperiksa nama beliau masih belum mendaftar.

ā€œPetugas yang hadir hari ini telah membantu saya dalam membuat pendaftaran tersebut,ā€ katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda