Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

JPKK Ayer Molek Terima Kad Insurans Perubatan 2021

By 11 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri Melaka melalui Perbadanan Melaka Holding (PMH) telah mengambil inisiatif bagi membekalkan insurans perlindungan diri kepada Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) serta kakitangan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) sebanyak RM30 ribu bermula tahun ini.WhatsApp Image 2021-03-11 at 08.15.40

Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) kawasan Ayer Molek, Rahmad Mariman, berkata insurans yang diberikan ini mampu memberi nafas lega kepada JPKK terutama Pengerusi yang dilantik kerana tugas mereka adalah menjadi perantara antara masyarakat setempat.

“Agensi pembekal insurans telah bersetuju untuk menyediakan insurans perlindungan diri bagi kegiatan perkhidmatan di samping menerima kad insurans perubatan bagi rawatan di hospital yang telah ditetapkan,” kata beliau.

Dalam pada itu, Setiausaha JAPERUN, Abdul Razak Parayil Moideen berkata perlindungan insurans yang diberi kepada JPKK adalah salah satu inisiatif kerajaan dalam memberi perlindungan kepada mereka yang mejalankan tugas di peringkat akar umbi.

“DUN Ayer Molek telah menyampaikan sebanyak 13 JPKK dan akan diagihkan kepada 14 orang ahli jawatankuasa bagi satu tempat untuk menerima manfaat yang sama iaitu perlindungan diri dan inisiatif lain yang bakal diterima,” ujarnya ketika ditemui dalam majlis penyerahan kad insuran bertempat di Japerun Ayer Molek, di sini baru-baru ini.WhatsApp Image 2021-03-11 at 08.15.40 (1)

-KN

Tinggalkan komen anda