Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kaki Gunung Masoorat Peneraju Utama Pertanian Bandar

By 26 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Khairul Nazrie Mat Nayan (Kinta)

IPOH, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Kaki Gunung Masoorat yang berkeluasan 17.663 ekar berhampiran Kampung Kepayang dan Gunung Lang menjadi salah satu kajian pertama bagi Projek Pertanian Bandar.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin, berkata kaki Gunung Masoorat itu akan menjadi salah satu tempat ekopelancongan, tanaman hidroponik dan fertigasi.

“Idea konsep pertanian bandar ini tercetus semasa penularan wabak COVID-19 yang mana terdapat kekurangan sumber makanan hasil ketiadaan pergerakan import dan export bahan-bahan mentah.

Rumaizi Baharin (kanan) dan wakil Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), Yahanis Yahya menunjukkan MoU yang telah ditandatangani.

Rumaizi Baharin (kanan) dan wakil Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), Yahanis Yahya menunjukkan MoU yang telah ditandatangani.

“Selain kaki Gunung Masoorat terdapat empat lagi kawasan kaki gunung yang menjadi tumpuan projek tersebut iaitu Gunung Rapat, Gunung Panjang, Gunung Laiang dan Gunung Gunting.

“Kelima-lima kawasan kaki gunung ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (MMK) pada 5 Ogos 2020 bagi pelaksanaan projek tersebut,” katanya ketika ditemui dalam sidang media dan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi projek tersebut, di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak, di sini hari ini.

Menurut Rumaizi, dengan adanya jalinan mesra yang terjalin di dalam projek pertanian bandar ini, kesedaran dan minat terhadap kepentingan pertanian sebagai penyumbang terus kepada sekuriti bekalan makanan dapat dizahirkan.

~RJ~

 

Tinggalkan komen anda