Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Kerajaan Perkenal Pelbagai Inisiatif Bantu Rakyat

By 17 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Samuel/Salman Azmi (Kuala Kangsar)

MANONG, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan hari ini telah menyediakan pelbagai inisiatif dalam membendung wabak COVID–19.

Timbalan Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid, berkata pelbagai inisiatif telahpun dilaksanakan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terjaga.

“Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bentuk bantuan seperti Bantuan Prihatin Rakyat 2021, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) agar rakyat miskin dan kurang berkemampuan dapat dibantu dengan sewajarnya,” katanya ketika ditemui dalam lawatan kerjanya di Dataran Manong, di sini semalam.

Penerangan ringkas Mastura berkaitan Norma Baharu dan vaksinasi kepada penduduk sekitar Manong.

Mastura (kanan) bertemu penduduk setempat dan beri penerangan berkaitan norma baharu dan vaksinasi.

Menurut Mastura, kerajaan sentiasa berfikir tanpa henti inisiatif yang boleh digunakan bagi membantu rakyat yang terkesan ekoran pendemik COVID-19 supaya tiada seorangpun tersisih disebabkan pandemik ini.

“Pelbagai bentuk ordinan dibentuk agar kelangsungan hidup rakyat dapat diteruskan,” ujarnya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong Mohamad Zuraimi Razali dan ketua-ketua jabatan di daerah ini.

~RJ~

Tinggalkan komen anda