Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kerjasama PDRM dan JAS Tangani Bunyi Bising Motosikal

By 8 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin/Muhamad Azrin Mubin Halim (Langkawi)

LANGKAWI, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Langkawi dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah menjalankan operasi bersepadu ujian tahap kebisingan motosikal dan ujian gas kenderaan petrol di pulau ini.

Menurut Penolong Pegawai Kawalan Kanan JAS Negeri Kedah Mohd Juzaimi Jamaludin, pihak kerajaan sedang berusaha untuk membendung bunyi bising motosikal yang diubah suai.

“Pada hari ini pihak JAS telah memeriksa empat buah motosikal yang diubah suai dan lima kenderaan motokar petrol atas kesalahan mengeluarkan bunyi bising dan kadar gas daripada petrol.

“Pada hari ini kami telah mengeluarkan empat kompaun sebanyak RM300 ke atas pemilik motosikal yang didapati mengeluarkan bunyi bising dan empat kompaun sebanyak RM300 kepada pemilik kenderaan enjin petrol atas kesalahan tahap gas yang melebihi had dibenarkan,” katanya yang ditemui di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD)Langkawi, di sini semalam.

Menurut Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Langkawi Inspektor Khairul Nizam Ahmad Kamari, pihak PDRM telah berkerjasama dengan JAS Negeri Kedah memastikan kesalahan yang telah dilakukan oleh pemilik kenderaan telah diambil tindakan Balai Polis Trafik IPD Langkawi.

“Pihak PDRM sebelum ini telah mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan yang telah mengubahsuai kenderaan dan pada hari ini pihak JAS pula memeriksa tahap kebisingan dan kadar gas yang sepatutnya pada kenderaan yang disita,” katanya.

Sebanyak empat buah motosikal dan lima buah kenderaan motokar petrol telah disita di Balai Polis Trafik IPD Langkawi atas kesalahan mengubahsuai dan bunyi bising dan pemilik kenderaan yang didapati bersalah telah disaman mengikut Perkara 4 (2) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987.

-RI

Tinggalkan komen anda