Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Masyarakat Diseru Daftar Sebagai Penerima Vaksin

By 22 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Bustan Made Aming/Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Masyarakat diseru mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin COVID-19.

Pemimpin Perhubungan Masyarakat (PPM) Likas Dr Chang Kee Ying, berkata masyarakat tidak perlu ragu untuk mendaftar sebagai penerima walaupun menghidap penyakit kronik.

“Masyarakat tidak perlu ragu untuk mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 walaupun mereka menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan kolestrol yang tinggi.

“Saya berharap lebih ramai masyarakat akan mendaftarkan diri mereka sebagai penerima vaksin supaya misi 70 peratus imunisasi penduduk yang telah divaksin tericapai dengan cepat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pengagihan Bantuan Bakul Makanan COVID-19 di Dewan Damai Luyang, di sini baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, beliau menyampaikan 89 bakul makanan kepada para penerima yang terdiri daripada golongan B40 serta golongan kurang berkemampuan seperti warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan mereka yang menghidap penyakit kronik.

Menurut beliau, selain menerangkan kepentingan vaksin, program itu juga bertujuan untuk menggalakkan masyarakat mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin COVID-19.

Program terbabit dijayakan bersama Pejabat Penerangan Daerah Kota Kinabalu, Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu serta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Suasana orang ramai yang hadir ketika mendafarkan diri mereka di Kaunter Jabatan Kesihatan.

Suasana orang ramai yang hadir ketika mendafarkan diri mereka di Kaunter Jabatan Kesihatan.

-RI

Tinggalkan komen anda