Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Perdana Menteri Ajak Rakyat Perlis Daftar Untuk Vaksinasi

By 6 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Izwanie Ahmad Kamal/Anuar Che Amat (Perlis) 

ARAU, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Tan Sri Muhyiddin Yasin meminta semua rakyat Perlis tampil dan mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Pendaftaran awal boleh dibuat walaupun suntikan vaksin dilaksanakan secara berperingkat mengikut jadual di 600 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara.

Perdana Menteri meyakinkan bahawa vaksin yang dibawa masuk ke negara adalah selamat digunakan untuk membendung pandemik COVID-19.

“Vaksin yang diuji untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) itu sudah disahkan selamat dan berkesan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Rakyat tidak perlu khuatir mengenai jenama vaksin yang bakal diterima kerana semuanya sudah diuji dan disahkan selamat dan berkesan oleh badan berkenaan,” katanya lagi ketika ditemui selepas melawat Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) Negeri Perlis, di Klinik Kesihatan Kampung Gial, di sini, semalam.

Tambah beliau, selain melindungi diri daripada pandemik, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sedang dilaksana ketika ini juga diyakini mampu melonjakkan kembali ekonomi negara.

Hari ini, seramai 168 orang telah menerima vaksin yang terdiri daripada perbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Turut hadir, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Setiausaha Kerajaan Negeri Azman Mohd Yusoff.

-NI-

Tinggalkan komen anda