Skip to main content
Berita TimurTerengganu

100 Murid Sertai Program Gunting Rambut Parlimen Kemaman

By 9 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 9 April (Malaysiaaktif) – Seramai 100 orang murid daripada dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kijal dan Sekolah Kebangsaan Telok Kalong, di sini terpilih menyertai Program Gunting Rambut parlimen tersebut.

Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid, berkata Program Gunting Rambut Parlimen Kemaman merupakan program kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman dan Pejabat Parlimen Kemaman.

“Program sebegini diadakan supaya murid-murid diajar daripada awal tentang penjagaan keterampilan mereka semasa berada di sekolah agar sentiasa kemas dan bersih,” katanya ketika berucap merasmikan program tersebut di Pekarangan Pusat Giat MARA Kijal, di sini semalam.

Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, berkata program sebegini diadakan supaya murid-murid diajar dari awal tentang penjagaan ketrampilan diri mereka.

Che Alias berkata program sebegini diadakan supaya murid-murid diajar dari awal tentang penjagaan ketrampilan diri mereka.

Menurut Che Alias, Pusat Giat MARA Kemaman dahulunya dikenali sebagai Pusat Giat MARA Kijal ini dipilih sebagai lokasi program bagi mempromosikan pusat pembelajaran ini kepada warga Kemaman dan menanam cita-cita kepada mereka untuk menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran.

“Di Kemaman sahaja, kita ada empat buah kolej kemahiran iaitu Pusat Latihan Teknologi Tinggi Kemaman (ADTEC) di Mukim Payoh, Kolej Kemahiran Tinggi MARA di Kampung Mak Lagam, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Kemasik dan Kolej Komuniti Kemaman di Kijal.

Jemputan yang hadir ke Program Gunting Rambut Parlimen Kemaman, semalam.

Jemputan yang hadir ke Program Gunting Rambut Parlimen Kemaman, semalam.

“Tapi malangnya pusat pengajian ini dipenuhi oleh pelajar luar dari Terengganu dan saya berharap para pelajar dalam daerah ini merebut peluang untuk menyambung pelajaran mereka di pusat pengajian yang saya nyatakan tadi,” katanya.

Bagi Norfaraliza Che Hussin, 36, ibu kepada salah seorang murid yang menyertai program ini berkata program sebegini memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar tapi juga kepada ibu bapa.

Norfaraliza Che Hussin, 36, berkata program memberi manfaat kepada pelajar dan ibubapa.

Norfaraliza bersyukur kerana program ini memberi manfaat kepada pelajar dan ibu bapa.

“Selain khidmat gunting rambut diberikan secara percuma, sebelum ini saya mengalami sedikit kesukaran kerana anak enggan dibawa menggunting rambut namun jika arahan berbuat demikian daripada cikgu, anak saya terpaksa akur untuk gunting rambutnya itu,” katanya.

Berkongsi kesukaran yang sama, Rozzita Arshad, 34, ibu salah seorang peserta program, berkata program ini memudahkannya dan penjaga yang lain yang mempunyai anak yang tidak mahu menggunting rambut mereka tetapi akur kerana terpilih dalam program menggunting rambut.

Rozzita Arshad bersama anaknya yang merupakan peserta program gunting rambut.

Rozzita Arshad bersama anaknya yang merupakan peserta program gunting rambut.

-ii-

Tinggalkan komen anda