Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Dewan Serbaguna Jawi Lokasi Pertama Raptai Vaksin COVID-19 SPS

By 9 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 9 April (Malaysiaaktif) – Program raptai pengendalian vaksin COVID-19 telah dijalankan di Dewan Serbaguna Jawi, di sini yang dipilih sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) untuk menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Pegawai Kesihatan Daerah SPS Dr Chow Sze Loon, berkata terdapat tiga lokasi PPV dipilih dalam Daerah SPS iaitu Pusat Kesihatan Bukit Panchor dan Klinik Kesihatan Sungai Bakap selain daripada Dewan Serbaguna Jawi merupakan lokasi PPV pertama untuk permulaan raptai bagi program tersebut.

Pegawai Kesihatan Daerah SPS, Dr Chow Sze Loon memberikan ucapan kepada media dan peserta yang hadir pada Program 'dry run' vaksin COVID-19 di Dewan Serbaguna Jawi.

Dr Chow memberikan takjlimat kepada media dan peserta yang hadir.

“Ia adalah sebahagian langkah bagi memastikan persiapan rapi yang dibuat untuk pengendalian vaksin sebenar COVID-19 apabila diperolehi nanti.

“Aktiviti ini akan menilai kebolehlaksanaan proses yang terbabit dan menguji pelaksanaan Garis Panduan Pengendalian Vaksin,” katanya yang ditemui sempena persiapan tersebut, di sini semalam.

Menurut Chow, pelaksanaan raptai itu adalah usaha sama petugas hadapan antara kementeriannya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pejabat Daerah SPS dan sukarelawan.

Antara Sukarelawan yang telah lengkap divaksin.

Antara Sukarelawan yang telah lengkap divaksin.

“Seramai 121 orang sukarelawan dalam kalangan petugas hadapan dan sebagainya telah dipilih untuk diberi suntikan vaksin pertama dalam raptai ini.

“Orang ramai yang belum mendaftar sebagai penerima vaksin, eloklah segera berbuat demikian melalui aplikasi My Sejahtera atau melalui laman sesawang https://www.vaksincovid.gov.my/daftar_vaksin.html dan talian 1800 888 828,” katanya.

Turut hadir bagi memastikan kelancaran program hari ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Balkish Othman.

-ii-

Tinggalkan komen anda