Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

AKK dan CITF Kunak Giat Laksana Pemantauan SOP

By 14 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Saberiya Patiroi/Jusman Hedoh (Kota Kinabalu)

KUNAK, 14 April (Malaysiaaktif) – Seramai 40 orang sukarelawan Agen Kesihatan Komuniti (AKK) dan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) daerah Kunak giat melaksanakan aktiviti pemantauan dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sekitar daerah tersebut.

Aktiviti di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tersebut dilaksanakan bagi memberi kesedaran berkenaan dengan norma baharu serta usaha bagi memutuskan rantaian COVID-19 dalam komuniti setempat.

Menurut Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pejabat Kesihatan Daerah Kunak Mustapha Turun, aktiviti turun padang AKK dalam pemerkasaan komuniti itu melibatkan ketua kampung, Ketua Anak Negeri serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

IMG-20210414-WA0005

Jusman (empat dari kiri) yang juga ahli jawatankuasa CITF Daerah Kunak memberi penerangan kepada penduduk Kg. Kasnuri supaya segera mendaftarkan diri pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Pendekatan dinamik tersebut merupakan kolaborasi semua sektor komuniti setempat dengan agensi kerajaan bagi mewujudkan tanggungjawab kebersamaan di samping memastikan komuniti aktif dalam melaksanakan aktiviti mencegah dan mengawal penularan COVID-19.

Jelasnya, agen tersebut juga merupakan pengantara kepada pihak berwajib yang berperanan sebagai penggerak di peringkat akar umbi bagi meningkatkan tahap kesihatan setempat.

“Selain itu, program pendekatan pendekatan bawah-atas ini turut melibatkan komuniti kesihatan sedia ada seperti sukarelawan Program Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) dan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) dengan menggunakan mobilisasi sosial bagi mendekati masyarakat agar mematuhi SOP dan membudayakan norma baharu.

Jusman (empat dari kanan) menyampaikan poster kempen pembudayaan norma baharu kepada penduduk di Kampung Kasnuri.

Jusman (empat dari kanan) menyampaikan poster kempen pembudayaan norma baharu kepada penduduk di Kampung Kasnuri.

“Pasukan ini akan memberikan nasihat dan teguran di samping menyalurkan maklumat berkaitan COVID-19 dari semasa ke semasa kepada masyarakat melalui edaran risalah dan poster termasuk membantu masyarakat setempat untuk melaksanakan pendaftaran vaksinanasi COVID-19,” katanya ketika ditemui pada Program CITF di Kampung Pangi Hujung dan Kampung Kasnuri, di sini baru-baru ini.

Pada masa yang sama, anggota AKK turut menasihatkan orang ramai supaya terus mengamalkan pendekatan 3W dengan mengelakkan 3S dalam kehidupan seharian bagi melandaikan kes jangkitan COVID-19 khususnya di daerah tersebut.

Turut menyertai aktiviti tersebut Pegawai Daerah Kunak Majaran Osman, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kunak, Hussin Mohd Rais serta Pegawai Penerangan Daerah Jusman Hedoh.

Ketua Kampung Pangi Hujung menyerahkan borang pendaftaran vaksin kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.63 Kunak, Hussin Mohd Rais.

Ketua Kampung Pangi Hujung menyerahkan borang pendaftaran vaksin kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.63 Kunak, Hussin Mohd Rais.

-RI

Tinggalkan komen anda