Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

USM Dokong Tiga Aspirasi Utama Perpaduan Negara

By 14 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lim Boon Chee/Shamsul Bahari (Pulau Pinang)

GEORGETOWN, 14 April (Malaysiaaktif) – Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang mengambil inisiatif untuk menjadi rakan strategik Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sebagai institusi bagi memperkasakan perpaduan dalam kalangan mahasiswa yang turut menjadi tunjang merakyatkan perpaduan.

Naib Canselor USM, Profesor Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata, dua MoU ini adalah berlandaskan objektif utama iaitu Pembangunan Pelan Merakyatkan Perpaduan-Karib Aksesibiliti Majmuk Inklusiviti (KAMI) dan Pemerkasaan Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat India.

“Program menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) ini adalah antara inisiatif sebagai penggerak ke arah memperkukuhkan integrasi nasional dalam kalangan mahasiswa USM.

“MoU ini dijangkakan dapat mendokong tiga aspirasi utama perpaduan negara iaitu membina rakyat yang patriotik dan demokratik, membentuk identiti nasional serta memperkukuhkan ekosistem perpaduan.

Sebelum upacara menandatangani MoU diadakan, kedua-kedua pihak telah diperkenalkan secara ringkas oleh Naib Canselor dan Menteri masing-masing.

Sebelum upacara menandatangani MoU diadakan, kedua-kedua pihak telah diperkenalkan secara ringkas oleh Naib Canselor dan Menteri masing-masing.

“Inisiatif yang diterajui oleh USM dengan sokongan ampuh KPN ini dijangkakan dapat memberikan sumbangan kepada dasar kerajaan dan pengimplementasian sistem penyampaian dengan jayanya,” katanya yang ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara KPN dan USM di Bilik Persidangan Canselor (CCR) USM, di sini baru-baru ini.

Turut hadir Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Datuk Dr Awang Adek Hussin.

-ii-

Tinggalkan komen anda