Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Arahan Penutupan Sekolah Mengikut Penilaian PKD

By 22 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sharman Subramaniam (Kuala Selangor)/Hazlina Tajuddin (Shah Alam)

KUALA SELANGOR, 22 April (Malaysiaaktif) – Penutupan sekolah tidak dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebaliknya dilakukan atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atas penilaian risikonya sendiri bahawa wajar ditutup ataupun tidak.

Timbalan Menteri Pendidikan I Muslimin Yahya, berkata penutupan tersebut mungkin untuk tempoh yang singkat bagi tujuan sanitasi dan mengenal pasti kontak rapat.

“Kita juga perlu tahu jangkitan ini berada di mana, pelajar dijangkiti di sekolah atau di luar sekolah dan saringan ini dibuat oleh PKD tempat masing-masing.

“Sebelum ini sebanyak 19 buah sekolah telah ditutup di negeri Selangor akibat ada jangkitan dan sepuluh daripadanya telah dibuka semula manakala sembilan yang lain masih dalam penilaian risiko,” katanya selepas merasmikan Program Malaysia Prihatin di sebuah hotel, di sini semalam.

Menurut Muslimin, proses penyuraian di sekolah dilihat mempunyai sedikit masalah dan pada peringkatnya mereka cuba sebaik mungkin untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan bantuan anggota beruniform, pegawai perhubungan dan pasukan keselamatan di peringkat sekolah.

Ini merupakan program kedua beliau di negeri Selangor dalam jelajah Program Malaysia Prihatin.

Pada program kali ini beliau bertemu dengan lebih 200 guru-guru dan pentadbir sekolah serta pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).

Dalam program sama, turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Sekolah) Datuk Adzman Talib, Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Izmi Ismail serta Pengarah Penerangan Negeri Selangor Ali Suhaili.

Muslimin Yahya menyampaikan ucapannya dalam Program Malaysia Prihatin.

Muslimin Yahya menyampaikan ucapannya dalam Program Malaysia Prihatin.

-RI

Tinggalkan komen anda