
Laporan/foto: Mastika Hablum
MELAKA, 22 Apr(MalaysiaAktif) – Program ‘Infaq’ Ramadan atau lebih dikenali dengan Kongsi Rezeki telah dilancarkan oleh Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Sapiah Haron semalam.
Program ini berlangsung selama empat hari bermula pada 20 April hingga 23 April bertempat perkarangan tempat letak kereta MPJ.
Orang ramai dibolehkan untuk menyumbang barangan keperluan harian seperti beras, susu, gula dan juga pakaian sepanjang tempoh penganjuran program tersebut.
Menurut Sapiah Haron, dalam bulan Ramadan umat Islam berlumba-lumba menambah amalan baik, tidak hanya itu, kita juga digalakkan bersedekah kepada mereka yang memerlukan dan juga kepada semua penduduk di Jasin yang kurang berkemampuan bolehlah berkunjung ke Vista Alamanda MPJ untuk mendapatkan keperluan harian yang sedia ada disini.
“Ramadan tidak dapat dipisahkan dengan amalan sedekah dan saha murni MPJ ini sedikit sebanyak membantu golongan yang memerlukan di Jasin terutamanya yang hilang pekerjaan apabila berhadapan dengan rintangan Pandemik Covid-19 yang sedang melanda seluruh negara ketika ini,” ujarnya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Antara barangan keperluan yang disumbangkan seperti gula, beras, susu, tepung, sardin tin, minyak dan keperluan asas lain.
-FF