Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Maklumat Vaksinasi Perlu Dipergiat di Pedalaman, Pinggir Bandar – Hajiji

By 7 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siscalistorina Janius/Shahvian Mohd Razali (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 7 April (Malaysiaaktif) – Penyampaian maklumat mengenai vaksinasi perlu dipergiatkankan terutamanya di kawasan pedalaman dan pinggir bandar.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, berkata usaha memberi penjelasan kepada penduduk Sabah mengenai manfaat vaksin di seluruh pelusuk negeri ini akan memperkukuhkan imuniti kelompok.

“Program Penerangan dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) yang berusaha menjelaskan manfaat vaksin dan mendaftar sebagai penerima vaksin kepada penduduk perlu diteruskan.

“Program ini harus dipergiatkan di kawasan pedalaman dan pinggir bandar agar maklumat disampaikan secara terus kepada penduduk yang menghadapi kekangan dalam mengakses maklumat imunisasi melalui internet.

“Masih ramai tidak faham, tidak yakin dan masih terpengaruh dengan berita palsu mengenai vaksin ini, jangan abaikan mereka sebaliknya dekati mereka dengan memberi maklumat yang tepat,” jelas beliau.

Takiyuddin dalam sesi taklimat dan penerangan mengenai Darurat Covid-19.

Takiyuddin dalam sesi taklimat dan penerangan mengenai Darurat COVID-19.

Hajiji turut mendedahkan jumlah pendaftaran Program Imunisasi Darurat COVID-19 Kebangsaan di Sabah masih pada tahap yang rendah.

“Di Sabah, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sudah dilaksanakan dan setakat 1 April, Sabah menerima 104,130 dos vaksin dengan seramai 67,808 orang sudah menerima suntikan vaksin dos pertama dan kedua.

“Setakat 3 April pula, seramai 357,247 orang telah mendaftar sebagai penerima vaksin atau 12.2 peratus daripada 2.9 juta golongan sasaran.

“Justeru itu, saya menyeru kepada semua untuk mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin COVID-19,” kata Hajiji ketika berucap dalam program Sesi Libat Urus Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat COVID-19 Sabah di sebuah resort, di sini kelmarin.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Takiyuddin (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Hajiji (kiri) sambil disaksikan Zuki (kanan).

Takiyuddin (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Hajiji (kiri) sambil disaksikan Zuki (kanan).

-RI

Tinggalkan komen anda