
Laporan/foto: Amirul Azim Othman (Melaka)/Facebook Zakat Melaka
MELAKA, 20 April (MalaysiaAktif) – Pusat Zakat Melaka memperkenalkan sistem pembayaran melalui aplikasi ‘MelakaPay’ bagi memudahkan umat islam di negeri ini menunaikan zakat.
Menurut Amil Zakat Hashim Rahman, 50, kaedah pembayaran melalui ‘MelakaPay’ memudahkan orang ramai yang tidak berkesempatan untuk membayar zakat fitrah di kaunter.
“Melalui ‘MelakaPay’ pembayar zakat perlu mengikuti lima langkah mudah, cepat dan selamat, pertama, pengguna perlu muat turun aplikasi ‘MelakaPay’ di ‘App Store’ dan ‘Google Play, walaupun begitu, bagi individu yang mempunyai masa lapang, mereka digalakkan membayar zakat di kaunter yang disediakan oleh pihak Zakat Melaka.
“Bagi pengguna baru mereka harus mendaftar terlebih dahulu, kemudian pengguna harus memilih agensi Pusat Zakat Melaka (PZM) kemudian pengguna perlu memilih menu Zakat Fitrah seterusnya pilih kadar zakat fitrah dan memenuhkan butiran maklumat diri serta keluarga dan langkah terakhir pengguna perlu memilih mod pembayaran zakat dan seterusnya membuat pembayaran,” ujarnya ketika ditemui di pejabat pusat tersebut, di sini baru-baru ini.
Pengguna juga boleh melayari laman web rasmi Zakat Melaka www.izakat.com serta nombor talian zakat 1-300-88-0233 untuk sebarang pertanyaan mengenai kaedah pembayaran yang lain dan senarai kaunter zakat fitrah yang dibuka sepanjang bulan Ramadan.
-FF