Skip to main content
Berita SelatanMelaka

Pelancaran Perkhidmatan Perpustakaan Dalam Talian u-Pustaka

By 23 April 2021April 24th, 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Jannah Shamsol Anuar (Melaka Tengah)

MELAKA, 23 April (MalaysiaAktif) – Pelancaran Perkhidmatan u-Pustaka peringkat negeri Melaka telah dirasmikan Exco Pelancongan Warisan dan Kebudayaan yang mewakili Ketua Menteri Melaka Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Menurut Jailani, perkhimatan u-Pustaka memudahkan masyarakat mendapat akses bahan-bahan bacaan melalui e-buku dan sumber rujukan digital.

“Perkhidmatan perpustakaan dalam talian ini mampu menarik minat generasi muda untuk membaca dan boleh melahirkan insan berilmu,” ujarnya ketika merasmikan “Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit” Peringkat Negeri Melaka bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, di sini semalam.

Jailani sedang mengakses portal u-Pusaka mengunakan Kod QR.

Jailani sedang mengakses portal u-Pusaka mengunakan kod QR.

Dalam pada itu, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) Mohamed Aizammudy berkata, keahlian u-Pustaka adalah percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Ahli u-Pustaka boleh meminjam buku fizikal dan juga buku digital serta menempah buku fizikal daripada 12 perpustakaan konsortium pustaka dan di hantar ke rumah menggunakan perkhidmatan pos laju dengan kadar yang berpatutan.

“Selain itu, u-Pustaka menyediakan akses kepada bahan digital yang merangkumi buku audio, buku elektronik, majalah, jurnal, surat khabar elektronik, perkhidmatan pangkalan data dan penerbitan kerajaan, semua bahan digital ini boleh diakses secara percuma dan boleh diperolehi melalui portal u-Pustaka,” jelas beliau.

Tinggalkan komen anda