Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

PKNM Sambut Jubli Emas 50 Tahun

By 6 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 6 April (Malaysiaaktif) – Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) melalui Kerajaan Negeri Melaka telah menganjurkan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun PKNM dalam menghargai sumbangan perbadanan tersebut dalam pembangunan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, berkata sambutan ini adalah detik bersejarah bukan sahaja kepada kerajaan negeri, juga kepada perbadanan tersebut.

“PKNM berperanan sebagai nadi pembangunan Negeri Melaka selama 50 tahun, malah kepada rakyat yang secara langsung turut mendapat manfaat daripada kemajuan dan pembangunan yang telah dilaksanakan.

“Kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan kepada PKNM untuk sentiasa berusaha meneroka peluang perniagaan baharu secara kreatif dan dapat membantu dalam memacu ekonomi negeri agar lebih berdaya maju dan mapan selari dengan visi “Menuju Negeri Lestari,” ujarnya ketika merasmikan sambutan tersebut di Menara Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini baru-baru ini.

Ucapan Ketua Menteri Melaka ketika merasmikan majlis.

Ucapan Ketua Menteri Melaka ketika merasmikan majlis.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNM Azmi Hussain, turut menzahirkan perasaan sambutan Jubli Emas 50 Tahun ini sebagai satu perkara utama dalam memastikan kerajaan negeri mahupun agensi terlibat dapat memberikan peluang dalam mencapai kemajuan untuk negeri Melaka.

“Majlis kali ini bukan sahaja bagi meraikan Jubli Emas PKNM tetapi turut merasmikan pejabat baharu bawah PKNM iaitu pejabat My Marine Park Sdn Bhd dan juga Invest Melaka Berhad yang bertanggungjawab mempromosikan pelaburan, penyelarasan dan juga pembangunan  dalam sektor industri yang luas dan menjadi badan penguasa zon bebas industri,” katanya.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri serta Ahli Lembaga Pengarah PKNM.

-KN

 

Tinggalkan komen anda