Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pelihara Alam Sekitar Tanggungjawab Semua

By 6 April 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Hafizul Adzhari (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 6 April (Malaysiaaktif) – Program gotong-royong di Sungai Baru di sini berjaya mengajak masyarakat setempat lebih menghargai alam sekitar.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) Seri Tanjung Yusof Salleh, 65,  berkata objektif program ini adalah bagi mengajak masyarakat memainkan peranan masing-masing bagi memelihara alam sekitar.

“Zaman sekarang kebanyakan masyarakat mengambil sikap sambalewa dalam penjagaan alam sekitar.

Datuk Norhizam menanam pokok Kelat Paya simbolik majlis perasmian.

Datuk Norhizam menanam pokok Kelat Paya simbolik majlis perasmian.

“Menerusi program ini mempu menyedarkan masyarakat pentingnya penjagaan alam sekitar untuk generasi masa hadapan.

“Jika kita tidak menghargai anugerah tuhan ini pasti suatu hari nanti sumber alam ini akan hilang,” katanya ketika ditemui dalam program tersebut baru-baru ini.

Program dirasmikan Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Melaka Datuk Norhizam Hassan Baktee mewakili Ketua Menteri.

-KN

 

Tinggalkan komen anda