
Laporan/foto: Sheik Amilhisham Sheik Hashim/Abdul Halim Jumat (Jelebu)
JELEBU, 8 April (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Malaysia melalui Pejabat Penerangan Daerah Jelebu memainkan peranan besar dalam melaksanakan program-program yang menjadi platform untuk mendekati masyarakat bandar dan luar bandar daripada pelbagai lapisan, antaranya melalui Program Komuniti@PMR.
Menurut Pegawai Penerangan Daerah Jelebu, Abd Halim Jumat, kaedah ini digunakan untuk mendekati masyarakat termasuk orang asli melalui peranan jabatan menerusi program-program yang telah disediakan.
“Program Komuniti@PMR yang bertujuan membina dan merapatkan hubungan antara penduduk terutamanya masyarakat perkampungan orang asli disini selain memberikan pendedahan dan kesedaran pentingnya mengetahui status kesihatan melalui saringan kesihatan yang disediakan.
“Program ini turut memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang pentingnya kerjasama dan keprihatianan dalam pelbagai aspek kepada masyarakat, terutama kebersihan menjaga diri dan alam sekitar semasa musim pandemik COVID-19 ini,” katanya ketika ditemui dalam Program Komuniti@PMR Daerah Jelebu di Kampung Orang Asli Parit Gong, di sini baru-baru ini.
Menurut Halim, pelbagai aktiviti turut dijalankan seperti ceramah kesihatan, ceramah perpaduan, pendaftaran Mysejahtera, pendaftaran vaksin COVID-19, saringan kesihatan, demonstrasi masakan, pertandingan mewarna dan banyak lagi.
“Program ini dilihat mampu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesihatan dan kebersihan kawasan kediaman serta kampung dan akan diteruskan lagi kelak,” katanya.
-FF