Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Plastik Biodegradasi Selamat Digunakan – Dr. Aishah

By 8 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/MPPD

PORT DICKSON, 8 April (Malaysiaaktif) – Kesedaran penggunaan beg biodegradasi perlu dididik di semua peringkat.

Ketua Pengurus dan Penasihat Global Go Green for Biodegradable Dr Aishah Daud, berkata plastik biodegradasi mempunyai dua jenis  iaitu plastik hidro-biodegradasi (HBP) dan plastikokso-biodegradasi (OBP) dan ianya boleh didefinisikan sebagai plastik yang dapat terurai secara biologi dan boleh mereput sepenuhnya dalam tempoh tertentu.

“Masyarakat Malaysia menghasilkan lebih 19,000 tan sisa pepejal setiap tahun dan 60 peratus daripada jumlah itu adalah daripada plastik.

“Kajian oleh Institute of Energy and Environmental Research (IEER) pada tahun 1992 menyatakan bahawa polisterina yang diperbuat daripada HCFC-22 adalah berpotensi mengancam persekitaran lebih tinggi berbanding bahan buangan lain.

“Kelebihan penggunaan plastik biodegradasi ini kepada alam sekitar adalah masa yang singkat untuk terurai, lebih mudah untuk kitar semula, dapat diperbaharui dan tidak bertoksik serta mesra alam yang tidak mengandungi bahan pencemaran yang dapat diuraikan secara semula jadi, yang sekali gus dapat memberikan kebaikan kepada alam sekitar,” katanya dalam sesi Taklimat Penggunaan Beg Kertas di Majlis Perbandaran Port Dickson, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa berkata kempen ini menyasarkan pemegang lesen perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) MPPD khususnya kepada peruncit dan pembekal beg plastik di daerah sini.

“Pihak MPPD akan komited dalam membuat pemantauan yang berterusan bagi memastikan para peniaga di bawah MPPD mematuhi saranan pihak kerajaan Negeri Sembilan supaya menukar beg plastik sekaliguna kepada beg kertas atau beg biodegradasi secara sukarela berkuatkuasa 1 Julai 2021.

“Kempen Kesedaran Tiada Beg Plastik Sekaliguna di Negeri Sembilan yang berkuatkuasa 10 Mac 2021 lalu diharap dapat disambut baik oleh semua pemegang lesen dalam melaksanakan strategi penukaran beg plastik kepada beg kertas atau beg biodegradasi,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda