Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

RM1 Juta untuk Anak-Anak Tahfiz

By 22 April 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Azhan Mahayuddin (Kuantan)

KUANTAN, 22 April (Malaysiaaktif) – Sebanyak 89 buah Maahad Tahfiz daripada seluruh daerah negeri Pahang yang berdaftar dengan Majlis Ugama Islam Negeri Pahang (MUIP) menerima sumbangan Bantuan Prihatin Pahang daripada kerajaan negeri.

Menteri Besar Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata sumbangan berjumlah RM1 juta diharap dapat dimanfaatkan sewajarnya oleh pihak pengurusan maahad tahfiz demi meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajian anak-anak tahfiz.

“Sumbangan ini adalah seperti yang telah diumumkan pada pembentangan Belanjawan Negeri 2021 November tahun lalu,” katanya ketika menyampaikan bantuan tersebut di salah sebuah hotel, di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang, Datuk Seri Ishak Muhamad, Barisan EXCO Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP Datuk Ahmad Hairi Hussain.

-AH

 

Tinggalkan komen anda