Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedahMA

Ops Tegas Cegah Penularan COVID-19 di Bazar Ramadan

By 22 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 22 April (Malaysiaaktif) ā€“ Operasi penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikenali sebagai Ops Tegas di Bazar Ramadan sekitar daerah Yan dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di daerah sini.

Pegawai Daerah Yan Tunku Iskandar Tunku Muzaffar, berkata Ops Tegas ini diadakan ekoran kegagalan pengunjung-pengunjung bazar Ramadan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

ā€œBerdasarkan pemerhatian dan laporan yang diterima, kami dapati bazar Ramadan di daerah ini tidak mematuhi SOP yang ditetapkan,Ā maka kamiĀ memutuskan untuk melaksanakan Ops Tegas ini demi mengekalkan Daerah Yan sebagai zon hijau COVID-19.

ā€œOps Tegas dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan akan dibekalkan satu unit pembesar suara untuk memudahkan pihak berkuasa menegur ataupun memberi amaran secara langsung kepada mereka yang ingkar SOP,ā€Ā katanya ketika ditemui mengetuai ops tersebut di sekitar bazar Ramadan, di sini kemarin.

Ops Tegas dilaksanakan di semua lokasi Bazar Ramadan Daerah Yan.

Ops Tegas dilaksanakan di semua lokasi Bazar Ramadan Daerah Yan.

Tambahnya lagi, operasi yang diadakan setiap hari pada bulan Ramadan iniĀ  membabitkan lima lokasi iaitu Bazar Ramadan Guar Chempedak, Sungai Yan, Sungai Limau, Bukit Besar dan Batu 18, di mana setiap lokasi ini akan ditugaskan anggota-anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Majlis Daerah Yan (MDY) serta unit hebahan daripada Pejabat Penerangan Daerah Yan.

Menurut Md Ariff Hashim, 57, salah seorang peniaga bazar yang ditemui kemarin menzahirkan rasa lega apabila Ops Tegas ini dilaksanakan keranaĀ  memang sukar untuk peniaga menegur pengunjung-pengunjung bazar terutamanya yang tidak mematuhi SOP.

ā€œKami pernah dimarah dan ditempelak oleh pengunjung gara-gara menegur mereka tidak memakai pelitup muka dan tidak megamalkan penjarakan fizikal,” katanya yang mengusahakan perniagan ayam percik di Bazar Ramadan Guar Chempedak.

Selain daripada mencatat suhu, imbas Kod QR dan menggunakan cecair pembasmi kuman dalam operasi ini, juga turut ditegaskan bahawa kanak-kanak bawah umur 13 tahun, warga emas dan golongan berisiko tinggi tidak dibenarkan untuk mengunjungi bazar Ramadan.

~RJ~

 

Tinggalkan komen anda