Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

RM69. 9 Juta BMT Bantu Pekebun Kecil, Penoreh Getah

By 27 April 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: RISDA

PUTRAJAYA, 27 April (Malaysiaaktif) – Kerajaan memperuntukkan RM69.9 juta sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini dalam usaha berterusan memelihara kebajikan pekebun kecil dan penoreh getah negara.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jumlah itu akan memanfaatkan 232,319 orang pekebun kecil dengan kadar RM600 seorang yang akan dibayar dua kali pada Disember 2021 dan Januari 2022.

“Prihatin dengan nasib pekebun kecil getah yang menjadi tulang belakang industri getah negara, kerajaan sekali lagi memperuntukkan BMT bagi bayaran 2021,” katanya dalam ucapan di majlis Penyampaian Dividen (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) 2021 di sini hari ini.

Muhyiddin berkata tahun lepas kerajaan memberikan BMT untuk pekebun kecil dan penoreh getah melibatkan peruntukan RM129.8 juta dan Bantuan Khas COVID-19 dengan peruntukan berjumlah RM64 juta.

Selain itu, beliau berkata dalam usaha untuk membantu pekebun kecil meningkatkan pendapatan menerusi penanaman getah, pada tahun ini kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan RISDA telah memperluaskan skop Bantuan Tanam Semula Getah.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda