
Foto: RISDA
PUTRAJAYA, 27 April (Malaysiaaktif) – Kerajaan memperuntukkan RM69.9 juta sebagaiĀ Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini dalam usaha berterusan memelihara kebajikan pekebun kecil dan penoreh getah negara.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jumlah itu akan memanfaatkan 232,319 orang pekebun kecil dengan kadar RM600Ā seorang yang akan dibayar dua kaliĀ pada Disember 2021 dan Januari 2022.
“Prihatin dengan nasib pekebun kecil getah yang menjadi tulang belakang industri getah negara, kerajaan sekali lagi memperuntukkan BMT bagi bayaran 2021,” katanyaĀ dalam ucapan di majlis Penyampaian Dividen (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) danĀ Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah PersekutuanĀ (FELCRA) 2021 di sini hari ini.
Muhyiddin berkata tahun lepasĀ kerajaan memberikanĀ BMT untuk pekebun kecil dan penoreh getah melibatkan peruntukan RM129.8 juta dan Bantuan Khas COVID-19 dengan peruntukan berjumlah RM64 juta.
Selain itu, beliauĀ berkataĀ dalam usaha untuk membantu pekebun kecil meningkatkan pendapatan menerusi penanaman getah, pada tahun ini kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan RISDA telah memperluaskan skop Bantuan Tanam Semula Getah.
— BERNAMA