Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

13 Kes Melibatkan Varian Afrika Selatan dan India Dikesan

By 26 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 13 kes baharu Varian Yang Membimbangkan (VOC) melibatkan 12 kes varian Afrika Selatan B.1.351 dan satu varian India B.1.617 ke atas sampel COVID-19 dari 17 hingga 23 Mei lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 12 kes dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351 dikesan di Kedah, Perlis, Selangor dan Johor manakala varian India B.1.617 dikesan di Labuan melibatkan warga tempatan.

“Hasil survelan genomik yang dijalankan secara berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) ke atas sampel COVID-19 dari 17 hingga 23 Mei telah mengenal pasti dan mengesahkan kewujudan 13 lagi kes VOC.

“Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dijangkiti varian South African B.1.351 adalah 78 kes dan varian Indian B.1.671 (termasuk sublineage B.1.617.1 dan B.1.617.2) sebanyak enam kes,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 semalam.

Dr Noor Hisham memaklumkan bagi membendung penularan varian itu dalam komuniti, KKM akan memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit seperti meneruskan survelan genomik, meningkatkan ujian saringan, melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes serta langkah kesihatan awam lain.

Varian India B.1.617.2 dikesan di Malaysia apabila seorang warga tempatan yang juga kontak rapat kepada warga India didapati positif selepas kedua-duanya menaiki penerbangan sama dari Kuala Lumpur ke Labuan pada 23 April lepas.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda