Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

25 Lokaliti Dikesan Punyai Kes Positif COVID-19

By 21 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Zuraida (Jempol)

JEMPOL, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Sehingga hari ini terdapat 94 jumlah kes positif COVID-19 secara keseluruhannya di daerah ini dan masih menerima rawatan dan bilangan kes yang tinggi ini menjadikan Jempol kini berada dalam zon Merah.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jempol Syahrul Nizam Saleh, jumlah kes yang dicatatkan, pihak Pejabat Kesihatan Daerah telah mengenalpasti 25 lokaliti yang mempunyai kes positif COVID-19.

“Pengesanan lokaliti ini dibuat berdasarkan 14 hari dengan jumlah kes sebanyak 94 kes yang dilaporkan iaitu bermula 7 hingga 20 Mei 2021.

“Lokaliti Felda Raja Alias 4 mencatatkan bilangan kes yang tertinggi iaitu sebanyak 15 kes, diikuti dengan Felda Lui Selatan iaitu sebanyak 12 kes dan peningkatan kes yang begitu ketara ini membimbangkan pihak jawatankuasa dan susulan itu beliau mengharapkan agar orang ramai lebih berhati-hati terutamanya dikawasan lokaliti yang dinyatakan,” katanya, semalam.

Menurut Syahrul, selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan elakkan daripada menghampiri lokaliti yang telah dikenalpasti serta melakukan pergerakan kendiri dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Sekiranya bergejala amalkan kuarantin diri di rumah dengan penuh tanggungjawab sekiranya telah mengenalpasti di aplikasi My Sejahtera sebagai kontak kasual, individu bawah pengawasan (PUS), kes suspek atau comfirm case dan jika telah menjalani ujian saringan COVID-19 tunggu sehingga mendapat keputusan ujian terlebih dahulu dan sekiranya telah dikesan positif COVID-19 dan sedang menunggu panggilan PKD, sila lah kekal di rumah melainkan jika memerlukan rawatan perubatan kecemasan,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda