Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMAPutrajaya

Ambil Inspirasi Semangat Pesta Kaamatan Perkukuh Perpaduan Kaum

By 30 Mei 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Kementerian Perpaduan Negara

PUTRAJAYA, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Masyarakat diseru memperkukuh perpaduan antara kaum di negara ini dengan mengambil inspirasi daripada semangat kesyukuran dan perpaduan yang disampaikan menerusi perayaan Pesta Kaamatan.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata perayaan yang diraikan oleh masyarakat Kadazan Dusun dan Murut atas kesyukuran musim menuai itu menghidupkan semangat setia kawan dan perpaduan.

Menurut beliau tradisi perayaan itu memberi peluang untuk mengeratkan tali persaudaraan antara kaum tanpa mengira latar belakang yang berbeza.

“Walaupun sambutan perayaan tahun ini tidak dapat diraikan semeriah tahun-tahun sebelumnya demi menjaga keselamatan dalam mengekang penularan wabak COVID-19, sama-sama kita mengambil inspirasi daripada semangat kesyukuran dan perpaduan yang disampaikan menerusi perayaan ini.

“Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya dan perayaan, sekali gus mencerminkan kekuatan bangsa yang unik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Halimah turut berharap perayaan itu membawa keberkatan dan keharmonian kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda