Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanHomeSabah

Kumpulan Sawit Kinabalu Serah RM3.5 Juta Zakat Perniagaan

By 5 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siscalistorina Janius/Mohd Nasrie Tapisil (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 5 Mei (Malaysiaaktif) – Kumpulan Sawit Kinabalu menyerahkan RM3,527,161.15 zakat perniagaan bagi tahun 2018 hingga 2020 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dalam satu majlis di Istana Negeri semalam.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Arifin Mohd Arif, berkata pembayaran zakat perniagaan itu adalah antara jumlah terbesar yang diterima dalam kalangan syarikat milik kerajaan (GLC).

“Kita berharap lebih banyak syarikat-syarikat GLC tampil untuk membayar zakat perniagaan agar lebih ramai golongan memerlukan dapat dibantu.

“Setakat Mei ini, sebanyak RM34 juta telah diagihkan kepada golongan asnaf dan RM9 juta disampaikan kepada lebih 40,000 orang fakir miskin dan mualaf dalam bulan Ramadan.

“Selain itu, bantuan bulanan turut diberikan kepada 10,000 golongan asnaf dengan jumlah RM30 juta, hasil daripada bayaran zakat perniagaan dan pengajian,” katanya ketika ditemui media di Istana Negeri, di sini semalam.

WhatsApp Image 2021-05-05 at 10.24.01

Bacho (empat dari kiri) memberi sumbangan Wakalah Zakat Perniagaan Sawit Kinabalu kepada Al-Hambra (empat dari kanan) mewakili Yayasan Nur Jauhar (YNJ) .

Pada majlis sama, Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Bacho Jansie turut menyampaikan Wakalah Zakat Perniagaan Kumpulan Sawit Kinabalu berjumlah RM50,000 kepada Yayasan Nur Jauhar (YNJ) yang diwakili oleh Pengerusi Yayasan Nur Jauhar Brigedier Jeneral Al Hambra Tun Juhar.

Simbolik penyerahan zakat perniagaan disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan disampaikan oleh Bacho kepada Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS Iwansuzairie Hari.

-ZS

Tinggalkan komen anda