Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Lebih 3000 Penerima Terima Sumbangan JKM

By 6 Mei 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Pauline Sating (Sarawak)

BINTULU, 5 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 3001 penduduk setempat menerima sumbangan dalam bentuk hamper dan wang tunai yang berjumlah RM100 seorang sempena Program Bantuan Sejambak Kasih Raya Gawai 2021 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menurut Pemangku Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu Athabarani Osman, seramai 50 penduduk yang terpilih telah menerima sumbangan pada hari ini.

“Daripada jumlah 3001 penerima, 533 orang adalah terdiri daripada penerima sumbangan untuk hari raya, manakala 2468 adalah penerima sumbangan untuk Gawai.

“Manakala yang selebihnya akan diagihkan oleh tiga pasukan petugas JKM yang meliputi kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

“Antara objektif program adalah untuk meringankan beban kewangan penerima bantuan semasa musim perayaan disamping untuk meningkatkan kesejahteraan hidup golongan sasar yang berkeperluan, serta menerapkan nilai empati di dalam kalangan pekerja kes dan kakitangan jabatan,” katanya semasa menyampaikan taklimat di ruang legar pejabat jabatan tersebut, di sini baru-baru ini.

-ZS

Tinggalkan komen anda