Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

MPKK Zahir Solidariti Buat Palestin

By 21 Mei 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) menggerakkan inisiatif menzahirkan rasa kebersamaan buat penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.

Menurut Yang Dipertua MPKK Zulqarnain Mohamad, pihaknya mengambil inisiatif tersebut dengan memasang bendera Palestin bersama bendera Malaysia dan Negeri Perak di beberapa lokasi tumpuan di daerah ini.

ā€œLokasi tumpuan umum menjadi pilihan utama untuk mengibarkan bendera Palestin ini agar ia dapat dilihat oleh orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama.

“Diharapkan apabila melihat bendera ini, mereka akan memanjatkan doa untuk keselamatan, kesejahteraan dan keamanan Palestin,” ujarnya dalam satuĀ sidang media diĀ bangunan MKKK, di sini semalam.

MenurutĀ Zulqarnain, selain kibaran bendera Palestin, limpahan cahaya berwarna merah dan hijau turut dipasang pada bagunan Menara Jam Besar dan Bangunan Pavillion.

ā€œSemoga apa yang dilalui oleh penduduk Palestin ketika ini akan berakhir dengan aman dan kekejaman kemanusiaan seperti ini dapat dihentikan.

“Sebelum ini, MPKK pernah menzahirkan solidariti buat petugas barisan hadapan negara yang bertungkus lumus memerangi COVID-19 dengan memasang lampu bewarna biru di wisma MPKK,” katanya.

~RJ~

Tinggalkan komen anda