Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa 2 Jelebu Lancar

By 4 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sheik Amilhisham Sheik Hashim/Abdul Halim Jumat (Jelebu)

JELEBU, 4 Mei (Malaysiaaktif) – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 2 melibatkan warga emas di daerah sini berjalan lancar.

Menurut Pegawai Daerah Jelebu Abdul Rahim A. Aziz, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Peringkat Daerah Jelebu memaklumkan fasa kedua akan memberi keutamaan kepada warga emas di daerah ini.

“Setiap warga emas yang telah mendaftar sama ada melalui aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau melalui hospital atau klinik kesihatan akan dihubungi oleh Pejabat Kesihatan Daerah bagi mendapatkan tarikh dan juga masa temujanji mengambil suntikan vaksin ini.

“Fasa kedua program vaksinasi yang melibatkan vaksin jenis Pfizer-BioNTech dan Sinovac yang dianggarkan diambil oleh seramai 9.4 juta penerima vaksin disasarkan dalam fasa kedua ini membabitkan golongan berisiko tinggi termasuk warga emas, pesakit kronik, orang kurang upaya (OKU) dan individu komorbiditi,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan D’Sury, di sini semalam.

Menurut seorang warga emas Ah Foo, 73 ketika ditemui berkata, beliau berasa lega setelah menerima suntikan dan menyeru orang ramai supaya datang mengambil suntikan ini dan jangan percaya khabar-khabar angin yang berlegar di sosial media tentang kesan sampingan vaksin ini.

-FF

Tinggalkan komen anda