
Foto: Gambar fail
PUTRAJAYA, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Kerajaan menjangkakan sasaran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2021 sebanyak 6.0 hingga 7.5 peratus boleh dicapai sekiranya krisis kesihatan pandemikk COVID-19 dapat distabilkan selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ketersediaan vaksin dan program vaksinasi menyeluruh dalam kalangan rakyat Malaysia akan memberi impak positif kepada ekonomi negara.
“Jadi, kalau kita andaikan bahawa peratusan rakyat Malaysia yang disuntik mengikut jadual atau dapat dipercepatkan (meningkat) serta keadaan COVID-19 dapat dikawal maka kita akan dapat melihat penurunan positif kes COVID-19.
“Dan ia sudah pasti ini akan memberi kesan positif kepada kedudukan ekonomi Malaysia,” katanya semasa sidang media mengenai Penunjuk Ekonomi: Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan bagi bulan Mac 2021, di sini, hari ini.
–BERNAMA