Skip to main content
Berita SelatanMAMelaka

Sumbangan Ramadan Ceriakan Suasana Aidilfitri

By 1 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan / foto : Muhammad Fandy Azam / FB Sulaiman Md Ali (Melaka Tengah)

MELAKA, 1 Mei (MalaysiaAktif) – Santuni Golongan Asnaf menjadi intipati utama kepada penganjuran Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Ramadhan Parlimen Hang Tuah Jaya bagi tahun 2021 di Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Ayer Keroh, Melaka, kelmarin.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali yang telah menghimpunkan seramai 90 orang penerima sumbangan Bantuan Ramadan peringkat Parlimen Hang Tuah Jaya.

Menurut Sulaiman, sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan dan memberikan kegembiraan kepada penerima – penerima sumbangan untuk meraikan kedatangan 1 Syawal nanti.

“Tahniah dan syabas kepada Pejabat Daerah Melaka Tengah serta agensi – agensi kerajaan lain dan juga pemimpin masyarakat yang turut terlibat dalam menganjurkan program ini bagi membantu golongan yang memerlukan dari segi kewangan mahupun barangan keperluan, ” ujar Ketua Menteri Melaka ketika ditemui di sini, kelmarin.

Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf Parlimen Hang Tuah Jaya.

Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf Parlimen Hang Tuah Jaya.

Pegawai Daerah Melaka Tengah, Shamsul Ambia Abdul Aziz berkata program sumbangan Ramadan ini akan dianjur melibatkan 3 parlimen dibawah Daerah Melaka Tengah dan Parlimen Hang Tuah Jaya menjadi lokasi pertama diikuti Parlimen Kota Melaka dan seterusnya Parlimen Tangga Batu.

“Objektif program ini selari dengan kehendak dan amanat yang disampaikan oleh Ketua Menteri Melaka dalam menjadikan penduduk Negeri Melaka sebuah negeri yang maju bertepatan dengan slogan Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Mengamit Dunia, ” kata beliau lagi.

Turut hadir sama Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ayer Molek, Rahmad Mariman, Ketua Eksekutif Perbadanan Tanah Adat Negeri Melaka merangkap Pengerusi Japerun Bukit Katil, Mohd Ridhwan Mohd Ali serta Pengerusi Japerun Ayer Keroh, Mohd Arif Yusa.

-FF

Tinggalkan komen anda