Skip to main content
Berita SelatanMelaka

Santuni Golongan Gelandangan Melalui Info On Wheels

By 1 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Muhammad Fandy Azam / Muhammad Azran Abdul Malek (Melaka Tengah)

MELAKA, 1 Mei (MalaysiaAktif) – Jabatan Penerangan (JAPEN) Negeri Melaka melalui kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka dan Pertubuhan Kebajikan Vila Harapan Melaka telah menganjurkan Program Info On Wheels Menyantuni Golongan Gelandangan bertempat di Vila Harapan disini, kelmarin.

Program ini telah menghimpunkan 138 orang gelandangan dari pelbagai bangsa dan kaum yang telah menghuni Vila Harapan bermula dari tahun 2011 sehingga kini.

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Vila Harapan Melaka, Thomas Maria Soosai berkata Vila ini bukan sahaja menghimpunkan golongan gelandangan sahaja malah Orang Kelainan Upaya (OKU) dan masalah kesihatan mental juga turut sama berada dalam Vila ini.

“Terima kasih kepada JAPEN Negeri Melaka di atas kesudian untuk menganjurkan program bersama golongan istimewa dan diharap dapat membuka mata orang ramai supaya lahirnya kesedaran dalam diri sendiri bagi membantu golongan ini,” ujar beliau ketika ditemui di sini, kelmarin.

Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Noor Adha Hashim berkata program Info On Wheels bersama Pertubuhan Kebajikan Vila Harapan Melaka ini telah dirancang bersama bagi menyantuni golongan ini agar mereka tidak berasa tersisih dari pandangan masyarakat luar terhadap mereka.

“Program ini juga telah dibawakan khas kaunselor dari Jabatan Kesihatan Negeri Melaka bagi memberikan semangat dan motivasi kepada mereka dalam menempuh kehidupan pada masa kelak, “ujarnya.

Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Noor Adha Hashim memberi juadah moreh kepada Penghuni Vila Harapan.

Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Noor Adha Hashim memberi juadah moreh kepada Penghuni Vila Harapan.

Turut diadakan penyampaian makanan sebagai moreh pada bulan Ramadhan kepada penghuni bersama dengan kakitangan Japen dan pengurusan Vila Harapan.

-FF

Tinggalkan komen anda