Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

5,841 Kes Baharu

By 25 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Untuk hari kedua berturut-turut, jumlah kes baharu harian COVID-19 di negara ini melebihi angka 5,000 dengan 5,841 kes dilaporkan semalam.

Menerusi perkongsian di laman Twitter semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 597 kes berbanding 5,244 kes, kelmarin.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di negara ini sebanyak 716,847.

Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,072 kes, diikuti Negeri Sembilan (781); Sarawak (581); Kuala Lumpur (552); Johor (346); Kedah (271); Melaka (247); Labuan (212); dan Sabah (203).

Pahang pula mencatat 162 kes; Kelantan (135); Perak (120); Pulau Pinang (108); Terengganu (29); Putrajaya (17); dan Perlis lima kes.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda