Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

Pemantauan Berterusan Terhadap Pematuhan SOP di Kilang

By 24 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Alihanafiah Mohd Khairy/Nuratikah Abdullah (Hilir Perak)

LANGKAP, 24 Jun – Tiga buah kilang diperiksa dalam Operasi Bersepadu Pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, di sini pagi tadi.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Daerah Hilir Perak Abdul Malik Abdullah, berkata hasil pemerhatian di tiga buah kilang di sekitar kawasan ini mendapati terdapat ketidakpatuhan terhadap SOP pengoperasian kilang seperti mana yang ditetapkan kerajaan.

“Kita mendapati terdapat kesalahan kecil telah dilakukan dan kilang-kilang ini telah diberikan amaran.

“Pematuhan SOP oleh pihak pengurusan berada pada tahap yang memuaskan namun ada ketika kelalaian dari pihak pekerja pula menyebabkan ketidakpatuhan berlaku,” ujarnya ketika ditemui selepas selesai operasi.

Menurut Abdul Malik, antara kesalahan yang dikesan dalam operasi berkenaan ialah terdapat segelintir pekerja tidak mengimbas kod QR MySejahtera walaupun telah disediakan oleh pihak pengurusan kilang.

“Pihak pengurusan kilang perlu sentiasa memantau dan menasihatkan para pekerja mereka agar sentiasa mematuhi SOP bagi menjamin keselamatan diri dan orang lain,” katanya.

~RJ~

Tinggalkan komen anda