Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

6,241 Kes Baharu, Pengurangan 1,211 Kes

By 7 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 7 Jun (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 semalam terus mencatat penurunan apabila merekodkan 6,241 kes berbanding 7,452 kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam laman Twitter berkata berikutan perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat ini ialah 616,815 kes.

Menurutnya, Selangor mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,178 diikuti Sarawak (600), Johor (565), Negeri Sembilan (556), Kuala Lumpur (415), Sabah (305), Pulau Pinang (271) dan Kelantan (270).

Selain itu, Melaka dengan 225 kes, Labuan (212), Perak (174), Terengganu (158), Pahang (155), Kedah (125), Putrajaya (30) dan Perlis (2).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda