Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Catat Penurunan dengan 5,293 Kes

By 21 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Sebanyak 5,293 kes baharu COVID-19 direkodkan di seluruh negara semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah itu terus menunjukkan trend penurunan iaitu kurang 618 kes berbanding 5,911 kes kelmarin.

Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata perkembangan baharu itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia kini 696,408.

Katanya Selangor kekal negeri mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,680 orang diikuti Negeri Sembilan (693), Sarawak (661), Johor (627) dan Kuala Lumpur (379).

Sementara itu, 205 kes direkodkan di Perak, Melaka (183), Kedah (170), Kelantan (167), Sabah (163), Labuan (156), Pulau Pinang (114), Pahang (77),Terengganu (12), Putrajaya (empat) dan Perlis (dua)

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda