Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Keselamatan Cabaran Utama di PKRC MAEPS 2.0

By 3 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Luqman Hakim (Petaling)/Manarina Aqilah (Putrajaya)

SERDANG, 3 Jun (Malaysiaaktif) – Mardi Corporation memaklumkan aspek keselamatan merupakan salah satu cabaran utama di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) 2.0, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mardi Corp Zaidi Shahrim, berkata keselamatan petugas-petugas serta pesakit menjadi keutamaan pihaknya khusus dalam menyediakan fasiliti di PKRC MAEPS 2.0 ini.

“Cabaran utama kita di PKRC ini adalah memastikan segala fasiliti di pusat kuarantin ini selamat untuk digunakan oleh petugas-petugas serta pesakit yang menjalani kuarantin di sini.

“Setiap fasiliti yang ada dalam kawasan MAEPS ini mendapat kelulusan daripada pihak berwajib seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Majlis Perbandaran Sepang (MPS) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) dan agensi-agensi berkaitan,” katanya ketika ditemui di pusat kuarantin tersebut, di sini baru-baru ini.

Persiapan Dewan E yang akan dibuka dalam masa terdekat memuatkan lebih 300 orang pesakit.

Persiapan Dewan E yang akan dibuka dalam masa terdekat memuatkan lebih 300 orang pesakit.

Menurutnya, walaupun pihaknya berdepan dengan cabaran masa memandangkan peningkatan jumlah pesakit setiap hari, namun aspek keselamatan tidak dipandang ringan.

“Kita bergerak dalam keadaan kecemasan dan harus menyiapkan dewan dengan kadar segera namun kita tidak pernah mengabaikan sedikit pun aspek keselamatan petugas-petugas serta pesakit di pusat kuarantin ini.

“Kami sentiasa bersiap siaga sekiranya berlaku peningkatan jumlah pesakit secara mendadak dan akan memastikan pusat kuarantin ini sentiasa bersedia menerima pesakit,” katanya.

Katanya, PKRC MAEPS 2.0 sedang menampung seramai 5,530 pesakit sehingga hari ini dengan menggunakan enam buah dewan.

-RI

Tinggalkan komen anda