
Laporan/foto: Juing Ullie/Nyempal Marlon (Sarawak)
LUBOK ANTU, 16 Jun (Malaysiaaktif) â Seramai 292 orang penduduk di Daerah Lubok Antu telah menerima suntikan vaksin jenis Sinovac dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kompleks Sukan, Lubok Antu di sini.
Menurut Penyelia Jururawat Margaret Minong, kebanyakkan mereka yang divaksinasi pada hari ini terdiri daripada golongan warga dan orang kurang upaya (OKU).
âPemberian suntikan vaksin yang berlangsung mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan dengan kehadiran yang tinggi ke PPV.
âSaya berharap pemberian suntikan vaksin ini akan dapat memberi kesedaran kepada orang ramai terutama yang masih belum membuat pendaftaran agar segera berbuat demikian bagi membolehkan mereka tidak ketinggalan,â katanya ketika ditemui, di sini hari ini.
Menurut seorang penjawat awam yang turut divaksin hari ini, Baja Takin, 34, berasa gembira dapat mengambil vaksin tersebut hari ini kerana pernah terlepas janji temu sebelum ini.
âSaya gembira dan bersyukur kerana telah terpilih untuk menerima suntikan vaksin pada hari ini meskipun tercicir temujanji sebelum ini.
âSaya akan merasa lebih selamat apabila melakukan kerja yang berurusan dengan orang ramai di kaunter nanti,â katanya.
Dalam pada itu, Kadir Brayu, 78, sememangnya menolak persepsi negatif tentang khabar angin yang mengatakan vaksin boleh menyebabkan risiko kematian golongan warga emas.
âSaya memang tidak sabar untuk menerima suntikan vaksin kerana ianya membantu elakkan jangkitan yang lebih memudaratkan,â katanya.
Senada dengan Kadir, Utin Sli, 63, turut menyatakan rasa senang dan selesa selepas menerima suntikan vaksin meskipun pada mulanya agak takut tetapi selepas melihat orang lain sudah menerima suntikan vaksin, perasaan itu mulai hilang dan memberanikan diri untuk menerima suntikan.
-ZS-