Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Masjid dan Surau Ditutup Langgar SOP

By 6 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Zuraida Md Nor Aidi (Jempol)/IPD JEMPOL

JEMPOL, 6 Jun (Malaysiaaktif) – Masjid Kariah Lonek dan Surau Kubur Kampung Chachar Kuala Jempol antara yang ditutup sementara waktu ekoran didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Penutupan dibuat oleh Pejabat Agama Islam Daerah Jempol dan Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol pada lewat petang kelmarin berdasarkan kepada pemantauan dan pemeriksaan yang dibuat sebelum ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol Supritenden Hoo Chang Hook, tindakan menutup Masjid Kariah Lonek adalah kerana mendapati pihak masjid telah melanggar SOP yang telah ditetapkan.

“Pihak kami mengambil tindakan menutup Masjid Kariah Lonek kerana didapati terdapat jemaah wanita yang turut berada di dalam masjid tersebut memandangkan SOP yang telah ditetapkan melarang jemaah wanita untuk solat bersama,” katanya ketika ditemui ketika operasi tersebut, di sini kelmarin.

Menurut Hoo, penutupan bagi Surau Kubur Kampung Chachar pula adalah disebabkan oleh terdapat jemaah yang tidak memakai pelitup muka, tidak menulis catatan kehadiran jemaah di surau dan pihak surau tidak menyediakan cecair pensanitasi tangan serta tidak melakukan imbasan suhu kepada setiap ahli jemaah yang hadir.

“Masjid dan surau ini akan ditutup selama tujuh hari bermula 4 hingga 10 Jun ini dan sepanjang tempoh penutupan ini, Pejabat Agama Islam Daerah Jempol bersama PDRM akan memantau aktiviti masjid dan surau dari masa ke semasa,” tambahnya.

-FF

 

Tinggalkan komen anda