Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

MOVAK Bantu Penduduk Luar Bandar Percepat Proses Pemberian Vaksin

By 21 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mawarni Ismail (Daerah Barat Daya)

BALIK PULAU, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Pelaksanaan program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) dilancarkan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Balik Pulau di sini, bagi membantu masyarakat luar bandar mendapatkan vaksin sekali gus meningkatkan kadar vaksinasi COVID-19 di negara ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin yang melancarkan program itu berkata, Program MOVAK dilaksanakan bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin seterusnya dapat membantu memulihkan ekonomi negara.

“MOVAK merupakan sistem sokongan penuh yang mengandungi 4 unit kerja iaitu Unit Panggilan, Unit Mobilisasi, Unit Jangkauan Komuniti dan tambahan Unit Mobile Klinik.

Penerima vaksin sedang menunggu giliran di PPV Balik Pulau.

Penerima vaksin sedang menunggu giliran di PPV Balik Pulau.

“Unit Panggilan adalah bertanggungjawab untuk membuat panggilan peringatan temujanji serta pengesahan kehadiran terutamanya penerima vaksin dos pertama dan kedua dan pertama agar dapat membantu meningkatkan kehadiran penerima vaksin seperti yang telah dijadualkan,” katanya ketika melancarkan Program MOVAK bertempat di PPV Balik Pulau, di sini hari ini.

Tambah Zuraida, Unit Mobilisasi pula menyediakan pengangkutan untuk membawa penerima vaksin COVID-19 yang tidak mempunyai kenderaan untuk menerima suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Menurut beliau, unit ketiga pula adalah Unit Jangkauan Komuniti melalui Pihak Berkuasa Tempatan(PBT), yang telah menyenaraikan nama penduduk dan unit tersebut akan turun padang mengenal pasti nama yang telah mendaftar tetapi tidak hadir menerima vaksin agar berbuat demikian.

Zuraida melihat sendiri di bilik suntikan dan beramah mesra dengan seorang penerima vaksin warga emas.

Zuraida melihat sendiri di bilik suntikan dan beramah mesra dengan seorang penerima vaksin warga emas.

“Selain tiga unit di bawah MOVAK, pihaknya juga menyediakan tambahan Unit Mobile Klinik untuk memudahkan pasukan mengunjungi golongan sasar seperti warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) serta kawasan berkepadatan penduduk seperti di Program Perumahan Rakyat (PPR) atau perkampungan bagi memberi suntikan vaksin.

“Tambahan Unit Mobile Klinik ini akan dibantu oleh Kementerian Perpaduan Negara dan ketika ini masih di peringkat persediaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan digunakan perkhidmatan ke kawasan jauh dari Pusat PPV dan mempunyai ramai penduduk,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda