Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Pesara Jururawat Tabur Bakti Bantu PPVIN

By 29 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurhayati Abd Halim (Sarawak)

SIBU, 29 Jun (Malaysiaaktif) – Minat dalam kerjaya kejururawatan dan perasaan ingin membantu orang ramai mendorong pesara jururawat, Margeret Wong, 65, berkhidmat di Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS).

“Saya gembira dan terlalu cintakan kerjaya sebagai jururawat malah teruja kerana diberi peluang untuk menabur bakti membantu petugas barisan hadapan dalam usaha membendung wabak COVID-19 ini,” kata Margeret.

Beliau yang juga menyambung khidmat dengan Kampus Klinikal SEGi University Sibu, berkata penyertaannya bersama rakan–rakan seperjuangan yang lain adalah sebagai usaha untuk membantu negara melawan pandemik COVID-19.

“Selama lebih 40 tahun bertugas sebagai jururawat digunakan sepenuhnya untuk membantu melancarkan pengurusan pemberian vaksin kepada masyarakat di Sibu khususnya.

“Semua orang mesti menerima vaksin supaya kita boleh mencapai imuniti kelompok.

“Bidang kejururawatan ini sudah sebati dalam diri kerana sudah berkecimpung sejak dari tahun 1977 dan pengalaman inilah yang memberi ilmu yang sangat berharga,” katanya ketika ditemui pada hari pertama pembukaan PPVIN Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS), di sini semalam.

Dijangka seramai kira-kira 14,000 orang daripada sektor perindustrian menerima suntikan vaksin COVID-19 mulai hari ini PPVIN UCTS.

-ZS

Tinggalkan komen anda